Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera diucapkan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak kesyukuran kepada Allah swt, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana telah memberikan ilham dan kekuatan kepada saya untuk menyumbang sesuatu kepada bidang pendidikan.

Pengalaman yang dilalui sendiri sedikit sebanyak memberikan ilham kepada saya untuk memuatkan bahan-bahan yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan agar blog ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua insan yang bergelar pendidik, khususnya guru-guru pendidikan jasmani.

Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua. Sekian.